Sunday, April 19, 2009

Falsafah Pendidikan al-Ghazali

Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang amat terkenal bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah dalam kalangan bukan Islam. Beliau sangat tinggi ilmunya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, akidah, fikah, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain.
Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhamad bin Muhamad bin Ahmad Al- Ghazali Al-Tusi Al-Shafi’e. Namun nama asalnya ialah Muhamad sahaja. Beliau yang terkenal dengan gelaran Abu Hamid dan Al-Ghazali ini, dilahirkan pada tahun 450 hijrah atau pada tahun1058 masihi, di kota Tus yang terletak di negeri Kurasan. Beliau merupakan tokoh yang muncul 300 tahun selepas Imam Syafie lahir iaitu pada tahun 150 hijrah. Terdapat dua pendapat tentang gelaran ‘Al-Ghazali’. Pertama, dikatakan berasal dari nama daerah tempat lahirnya iaitu Gazalah dan kedua, berasal daripada pekerjaan bapanya iaitu sebagai penenun kain yang dinamakan gazzal.
Al-Ghazali dilahirkan dalam keluarga yang miskin tetapi kuat pegangan agamanya. Beliau telah meninggal dunia pada pagi Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505 hijrah / 19 Disember 1111 masihi di tempat kelahirannya sendiri. Beliau telah mendapat gelaran sebagai Hujjatul Islam dari umat Islam selepas kematiannya kerana jasa-jasa dan kejayaanya
Semasa hayatnya, Imam Al-Ghazali telah memperkatakan dan membincangkan tentang banyak perkara mengenai pelbagai aspek kehidupan. Antara yang mendapat perhatian dan yang telah diperkatakan dengan meluas ialah mengenai pendidikan, dalam konteks kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu. Ilmu serta pendidikan adalah amat penting bagi sesiapa sahaja di mana-mana tempat di dunia ini. Melalui pendidikan, individu dapat memajukan diri, negara, bangsa dan agama. Pendidikan perlulah sentiasa berkembang dalam proses mencari kebenaran ilmu. Pendidikan juga pada dasarnya merupakan aset terpenting dalam pembinaan tamadun manusia dan perkembangannya. Al-Ghazali memegang falsafah yang menyatakan:

"Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu."
Melalui ungkapan ini, Al-Ghazali menekankan bahawa seseorang yang ingin menuntut ilmu haruslah membersihkan hati mereka daripada pekerti buruk dan unsur negatif. Malahan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak merupakan asas untuk memperoleh kesucian ilmu dan keberkatan daripada Tuhan supaya dapat dimanfaatkan untuk diri dan orang lain. Aktiviti pembelajaran juga dianggap sebagai satu ibadah dan tujuannya adalah supaya seseorang dapat mendekatkan diri dengan penciptanya. Selain itu, proses mencari ilmu tidak dapat berjalan lancar sekiranya hati seseorang dipenuhi dengan sifat-sifat negatif seperti marah, dengki, takbur, bongkak, dan sebagainya. Oleh yang demikian, individu yang menuntut ilmu pengetahuan haruslah mengurangkan hubungan dengan dunia, kaum keluarga, dan kampung halaman. Pada pendapatnya, perkara-perkara seperti ini boleh mengganggu tumpuan dan melalaikan seseorang dari mencari ilmu dengan lebih giguh lagi, terutamanya jika sibuk dengan hal-hal keduniaan. Begitu juga dengan Ibnu Khaldun yang mengatakan bahawa pendidikan seseorang akan menjadi lebih sempurna dengan cara merantau untuk mencari ilmu(iaitu dengan meninggalkan kampung halaman).
Jika seseorang menuntut banyak ilmu dalam sesuatu masa tertentu, mereka akan mendapati bahawa amat sukar untuk memanfaatkan ilmu tersebut dengan sebaiknya. Perbandingan yang amat jelas dengan perkara ini ialah seperti saliran air yang mengalir bersimpang siur yang sebahagiannya diserap oleh bumi dan sebahagian lagi disedut oleh udara sehingga tidak ada sisa yang terhimpun dan dimanfaatkan oleh tanaman. Perkara ini jelas menunjukkan Al-Ghazali amat menekankan komitmen dalam proses pembelajaran kepada sesuatu cabang dahulu sebelum menceburi cabang lain . Kenyataan ini amat bernas berikutan ilmu pengetahuan sememangnya saling berkaitan dan berperingkat-peringkat. Melalui perspektif ini, Al-Ghazali menyarankan:

Setiap pelajar tidak boleh menceburi diri ke dalam sesuatu disiplin ilmu baru sebelum mempelajari secara sempurna disiplin ilmu terdahulu. Ini disebabkan disiplin ilmu adalah tersusun secara sistematik di mana sebahagian ilmu berkait antara satu sama lain.
Pendapat seperti ini turut ditegaskan oleh Ibnu Khaldun, yang menyebut bahawa pengajaran ilmu kepada pelajar hanya akan dirasakan berkesan apabila dilakukan secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit. Hal ini dikatakan kerana seseorang belum tentu memahami sesuatu ilmu pada peringkat awal pembelajaran. Selain itu, Imam Al-Ghazali juga menyarankan agar seseorang menuntut ilmu secara tertib mengikut keutamaan. Maknanya, kita perlulah menuntut ilmu yang paling penting dahulu kerana dikhuatiri umur tidak panjang. Ilmu-ilmu inilah yang menjadi bekalan untuk menyempurnakan ilmu mulia iaitu ilmu akhirat.
Dalam kita mencari ilmu, perkara penting yang perlu diketahui adalah tentang hubungan pengajar dan penuntut. Melalui hubungan kedua-dua golongan inilah proses penyampaian dan penerimaan ilmu dapat dijalankan. Al-Ghazali menyebut dalam kitab Minhajul Abidin, bahawa sesungguhnya guru adalah pembuka jalan dan pemudah yang rumit. Maknanya disini, guru adalah individu yang menolong dan memudahkan seseorang untuk mencapai ilmu. Mereka akan memberi tunjuk ajar dan menurunkan ilmunya supaya dapat dimanfaatkan. Hakikatnya, ilmu merupakan hak milik Allah s.w.t yang dikurniakan kepada hambanya. Pelbagai istilah pendidik yang telah digunakan oleh Al-Ghazali seperti al-mudarris (pengajar), al-muaddib (pendidik) al-mu’alim (guru) dan al-walid (orang tua). Seseorang pengajar haruslah sesuatu yang baik sahaja, berfaedah, dan positif. Proses penyampaian dan penerimaan ilmu adalah tidak mengira usia.
Al- Ghazali telah menggariskan tugas-tugas dan tanggungjawab seorang guru. Pada pandapat beliau, tugas mengajar adalah tugas yang paling mulia dan setinggi-tinggi jawatan. Hal ini memang diakui kerana walau sesiapa sahaja yang telah mencapai kejayaan di muka bumi ini, disebaliknya adalah seorang guru.

Prinsip-prinsip tentang guru dan murid telah dinyatakan oleh Al-Ghazali dalam tajuk hubungan timbal balik antara guru dan murid. Tajuk ini ditekankan kerana menyedari proses pendidikan memerlukan hubungan erat antara guru denagn murid. Kejayaan proses pendidikan sememangnya bergantung kepada bagaimana hubungan baik dan akrab terjalin antara guru dan murid. Selain Al-Ghazali, Ibnu Khaldun juga mengatakan ilmu yang diperoleh melalui hubungan peribadi dengan guru akan menjadi lebih kukuh dan lebih berakar umbi. Pendapatnya ini samalah seperti Al-Ghazali yang menerapkan nilai hubungan antara guru dan pelajar dengan ikatan kasih saying, saling mencintai, dan hormat-menghormati. Profesyen sebagai pengajar dianggap mulia kerana secara fitrah, masyarakat memang menghormati ilmuan yang memberi sumbangan dan faedah kepada orang lain. Ilmu itu sendiri adalah mulia manakala orang yang menyampaikannya kepada orang lain turut dimuliakan. Namun, sebagai seorang guru, ilmu yang disampaikan haruslah dipraktikkan oleh diri sendiri supaya dapat menjadi contoh kepada muridnya. Kata Al-Ghazali:
Sesiapa yang berilmu lalu mengamalkannya, pasti dia adalah diakui sebagai orang besar di kerajaan langit.
Beliau mengulas dengan lebih lanjut lagi, dengan mengumpamakan orang yang berilmu dan mengajar orang lain diibaratkan seperti matahari yang memancarkan sinarnya kepada makhluk lain, sedangkan dirinya tetap bersinar. Begitu juga dengan minyak kasturi yang dapat menyebarkan bau wangi kepada alam sekitar, namun dirinya tetap berbau harum. Begitulah tingginya pandangan Al-Ghazali terhadap individu yang bergelar sebagai pengajar.

Selain menekankan tugas dan tanggungjawab guru, Al-Ghazali turut menerangkan dan menyebut tentang peranan serta tugas seorang murid. Murid merupakan individu yang menuntut ilmu daripada seorang guru. Hal ini bererti sudah sepatutnya seseorang murid menghormati gurunya. Penuntut ilmu secara tidak langsung telah bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan agamanya. Ilmu yang dimiliki harus dimanfaatkan ke jalan yang betul iaitu kapada jalan yang benar sebagaimana yang dipertanggungjawabkan oleh Pencipta sebagai kalifahNya di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sesorang murid harus membuat satu garis fokus untuk menentukan matlamat pendidikan jangka pendek mereka dan jangka panjang iaitu tidak lari daripada tujuan asas mencari ilmu. Al-Ghazali berpendapat bahawa tujuan pelajar mempelajari ilmu mesti mengutamakan disiplin ilmu syariat berbanding disiplin ilmu keduniaan kerana mendekatkan diri dengan Tuhan merupakan matlamat jangka panjang.
Selain itu juga, beliau turut menggariskan beberara adab sebagai seorang murid. Antaranya ialah, jangan bertengkar dengan guru dan jangan pula berhujuh melawan apa jua masalah walaupun diketahui kesalahannya itu. Selain itu, murid harus mengamalkan apa yang disuruh oleh guru setakat yang mampu dan dan mereka tidak boleh menuntut ilmu dengan tujuan mencari pangkat, kekayaan, serta menindas orang bodoh dan membangga diri.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan memang penting dan amat perlu dalam diri setiap insan. Pandangan-pandangan dan penekanan Al-Ghazali dapat dijadikan ikutan yang baik dalam menjalani proses pendidikan tidak kira apa topik sekalipun selagi ianya membawa kebaikan dan faedah bersama.

artikel asal : Norhafizan bt Md desa "falsafah Logika Melayu"






Read More......

CARA ISLAM MENANAM TATA RABBANI

Prof. Dr. Yusuf al-Qharadhawi

Islam telah berusaha untuk menanamkan tata Rabbani kepada jiwa setiap Muslim di dalam kehidupannya melalui pelbagai cara. Cara-cara tersebut ialah:

1. Melalui Jalan ‘Ibadah

Melalui ibadah-ibadah wajib dan sunat yang digalakkan oleh Islam. Melalui pengulangan solah lima waktu setiap hari. Solat merupakan roh seperti roh yang ada pada setiap jasad. Ia sentiasa menemukan muslim dengan Allah SWT.

Tatkala manusia tenggelam dalam permasalahan hidup, maka bangunlah mu’azzin melaungkan kalimah Allahu Akbar, mempersaksikan hanya Allah SWT Ilah yang ditauhidkan dan Muhammad adalah Rasulullah, mengajak menunaikan solah pada waktunya dan mengajak kepada kemenangan yang hakiki. Lalu terangkatlah muslim dari kesibukan dunia untuk berhadapan dan mengadap Allah bagi beberapa waktu yang khusus. Solat akan mendorongnya untuk menyeru ke arah kebaikan diri dan umat. Solat mengangkat dirinya dari alam kebendaan ke alam keruhanian dan daripada keegoan diri sendiri kepada mengutamakan orang lain.

Berpuasa sebulan yang diulangi pada setiap tahun juga menanamkan ruh rabbani ke dalam jiwa muslim. Ketika berpuasa, muslimin mengharamkan dirinya daripada terlalu menurut hawa nafsu samada ketika makan minum, hubungan jenis dan segala aktiviti kehidupan.

Setiap hari, bermula dari terbit fajar hingga jatuh matahari, merupakan tarbiyyah bagi kemahuan dan kehendak nafsu. Puasa melatih muslim untuk menuju taqwa demi mencapai kesempurnaan ibadah kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam sebuah Hadith Qudsi, mafhumnya:

“Puasa itu kepunyaanKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya; hamba yang meninggalkan makanan keranaKu, hamba yang meninggalkan minuman keranaKu, hamba yang meninggalkan isteri keranaKu dan hamba yang meninggalkan kelazatan keranaKu.”

Berzakat, dengan selalu mengeluarkan harta dapat menghapuskan sifat bakhil, membersihkan harta dan membersihkan jiwa. Disamping itu memupuk rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala ni’mat pemberianNya. Firman Allah SWT:

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan.”- Surah at-Taubah: 103

Zakat mengandungi makna pembersihan, penumbuhan dan keberkatan. Manakala perkataan Dharibah (cukai) pula mengandungi makna pemaksaan, kekerasan dan hutang. Dengan demikian tuntutan Islam menunaikan zakat adalah secara suka rela dan redha meredhai serta memohon kepada Allah SWT dengan do’a yang bermaksud:

“Ya Allah! janganlah jadikan (zakat ini) sebagai barang rampasan tetapi jadikan (zakat ini) sebagai hutang.”

Haji pula memisahkan seseorang Muslim dari tanah air, keluarga dan sanak saudara. Orang yang menunaikan haji berhijrah kepada Allah SWT, mengorbankan diri dan harta, menanggung beban perpisahan dan beberapa kesusahan kerana menunaikan kehendak Allah SWT hinggalah sampai ke Tanah Suci. Di Tanah Suci itu telah didirikan rumah ibadah pertama di muka bumi ini. Di situ terdapat sejarah penghijrahan Nabi Ibrahim AS dan pengorbanan Nabi Ismail AS. Juga kesan-kesan peninggalan Nabi Muhammad SAW dan da’wah baginda.

Di Tanah Suci orang Islam dari pelbagai bangsa dan keturunan meninggalkan sesuatu yang melambangkan gejala-gejala perbezaan seperti kedudukan, pangkat, keturunan dan negeri. Mereka memakai pakaian seakan-akan kain kafan orang mati. Pakaian itu lahir semasa haji dan lebih tinggi kedudukannya. Muslim menghalakan segala hati, lisan, perasaan dan harapan kepada Allah SWT:

“Aku perkenankan seruanMu wahai Tuhanku, aku perkenankan seruanMu, yang tiada sekutu bagiMu. Sesunguhnya segala pujian dan nikmat adalah kepunyaanMu dan juga segala pemerintahan, Dan tiada sekutu bagiMu.”

Ibadah fardhu yang asasi merupakan batasan minima yang mencorakkan hubungan manusia dengan Allah SWT. Islam juga membuka pintu bagi seseorang melakukan amalan-amalan nawafil demi mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping melakukan perkara yang disukaiNya. Antaranya solah-solah sunat di samping solah-solah wajib lima waktu, puasa-puasa sunat di samping puasa wajib Ramadhan, sadaqah-sadaqah di samping zakat yang wajib, umrah di samping haji yang wajib. Berdasarkan amalan-amalan ini, terjadilah perlumbaan di kalangan mereka yang ingin berlumba-lumba membuat kebaikan dan dahulu mendahului di kalangan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Dalam sebuah hadith Qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tiada yang lebih sempurna taqarrub hambaKu kepadaKu kecuali dengan menunaikan fardhu-fardhu yang Aku wajibkan ke atasnya, hambaKu yang sering mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan Nawafil sehingga Aku senangi dan Aku cintai. Apabila Aku telah menyenanginya, Aku melindungi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, matanya yang dengannya ia melihat, tangannya yang dengannya ia mempergunakannya. Jika ia meminta perlindungan, Aku beri perlindungan kepadanya dan jika ia meminta sesuatu Aku beri kepadanya.” - Hadith Riwayat Bukhari

BUKANLAH ibadah itu (samada fardhu atau sunat) hanya menghubungkan seseorang makhluk dengan Khaliknya semasa melakukan ibadah itu sahaja, selepas itu ia tidak lagi berhubung dengan Allah sehingga ia kekal atau kembali semula kepada kehidupan mengikut hawa nafsunya. Sama sekali tidak. Peranan ibadah adalah menanamkan Islam ke dalam hati orang-orang yang menunaikannya, menanamkan taqwa kepada Allah SWT yang Maha Tinggi kedudukanNya, memberikan bekalan ingatan kepadaNya tatkala lupa, menguatkan azam tatkala lemah dan menerangi jalan hidup tatkala lampu-lampu yang menerangi kelilingnya menjadi malap atau padam.

Islam tidak menyukai seseorang Muslim yang hanya menjadi manusia Rabbani di dalam masjid. Di dalam masjid ia ruku’, sujud, bermunajat dan berdo’a, tetapi apabila keluar dari masjid corak hidupmya berubah dari Insan Rabbani kepada Insan Haiwani atau Insan Syaitani.

Islam juga tidak menyukai seseorang Muslim yang hanya menjadi manusia Rabbani di bulan Ramadhan. Apabila hilang bulan Ramadhan maka hilanglah padanya sifat ibadah dan taat kepada Allah SWT. Seolah-olah ia menyembah bulan Ramadhan bukan Rabb bulan Ramadhan. Salaf as-Saleh di kalangan Umat Islam berkata, “Jadilah orang-orang Rabbani, tetapi janganlah menjadi orang-orang yang hanya beribadat di bulan Ramadhan sahaja.”

Islam juga tidak suka seseorang itu hanya menjadi Rabbani ketika ia berada di sisi Bait al Haram, Masjid al-Haram, Masjid an-Nabawi dan Masya’ir Muqaddasah. Apabila selesai sahaja ibadah haji maka selesailah sudah tuntutan umrah, haji dan ziarah. Apabila berkira bicara untuk pulang, maka ia lupa udara Rabbani serta makna Rabbani. Tenggelamlah ia di dalam perut kehidupan kebendaan sebagaimana tenggelamnya orang-orang yang lalai.

Islam tidak suka Muslim seperti ini. Islam menghendaki seseorang Muslim sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah di masjid, di jalan, di tempat kerja, di bulan Ramadhan dan di semua tempat serta keadaan. Rasulullah S.A.W. berpesan yang bermaksud:

“Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT di mana sahaja kamu berada.”
- Hadith Riwayat Tirmizi.

Firman Allah SWT:

"Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana kamu menghadap di situlah wajah Allah.” - Surah al-Baqarah: ayat 115.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

“Sebaik-baik malan yang disukai Allah ialah amalan yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.”
- Hadith Riwayat Bukhari.

2. Melalui Jalan Akhlaq

Jalan seterusnya untuk menanam tata Rabbani ke dalam hati Muslim dan kehidupannya ialah melalui jalan akhlak assalimah. Akhlak lahir pada setiap ketika dalam kehidupan muslim samada yang merupakan tingkah laku individu atau masyarakat.

Islam mengambil kesempatan menghubungkan seseorang Muslim dengan Allah melalui akhlak seharian. Apabila ia duduk di hadapan hidangan makanan, ia dahulukan dengan menyebut nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim. Allah SWT yang menyediakan sebab-sebab sehingga sampai rezeki yang halal kepadanya.

Apabila ia merasa kenyang dan beredar daripada hidangan maka disudahi pula dengan pujian kepada Allah, Alhamdu Lillah.

Apabila minum ia berkata (yang bermaksud):

“Segala pujian bagi Allah SWT yang menjadikan air seenak sungai Furat dengan rahmatNya dan tidak menjadikan air masin dan pahit dengan sebab-sebab dosa kami.”

Apabila memakai pakaian ia berkata (yang bermaksud):

“Segala Pujian kepada Yang telah memberikan pakaian kepadaku. Wahai Rabbku, bahawasanya aku memohon kepadaMu daripada kebajikan pakaian ini dan daripada sesuatu pakaian ini dibuatkan untuknya. Dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan pakaian ini dan daripada kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuatkan untuknya.”

Begitulah ia berdoa apabila memenfaatkan sesuatu ni’mat pemberian Allah SWT.

Apabila ia menunggang binatang atau menaiki sebarang kenderaan ia berkata (yang bermaksud):

“Maha Suci Yang menggerakkan kenderaan ini untuk kita, pada hal sebenarnya kita tidak memiliki kekuatan untuk menundukkannya dan bahawasanya kita pasti kembali kepada Rabb kita.”

Apabila bersafar ia berkata (yang bermaksud):

“Wahai Rabb, Engkaulah teman di dalam safar ini dan Engkaulah yang menjadi pengganti penjaga keluargaku. Wahai Rabb temanilah kami di dalam safar kami dan lindungilah keluarga kami.”

Dan apabila pulang dari safar ia berkata (yang bermaksud):

“Kami adalah orang yang kembali, orang yang bertaubat, orang yang beribadat, orang yang memuji Allah, Rabb kami.”

Apabila meletakkan rusuknya untuk tidur ia berkata (yang maksudnya):

“Dengan nama Engkau, ya Rabbku, aku letakkan rusukku dengan nama Engkau dan dengan nama Engkau juga aku mengangkatnya.”

Dan apabila bangun dari tidur untuk menaiki bahtera kehidupan ia berkata (yang bermaksud):

“Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan aku sesudah mematikan aku dan kepadanya tempat kembali.”

Malah ketika menyetubuhi isteri, seseorang Muslim masih mengingati unsur Rabbani, yang mengurangkan kerakusan dan membawa ia ke ufuk yang tinggi. Ia berkata (yang bermaksud):

“Dengan nama Allah, wahai Rabb, jauhilah kami daripada godaan Syaitan dan jauhkanlah pula daripada godaannya terhadap apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepada kami.”

Begitulah kehidupan seorang Muslim. Ia tidak pernah lupa kepada Allah. Tidak pernah lalai dalam hubungan dengan Allah, malah merasa dekat denganNya dan jinak dengan-Nya. Tata rabbani sentiasa bersamanya ke mana sahaja ia pergi.

3. Melalui Jalan Pendidikan Dan Pembentukan

Jalan pendidikan dan pembentukan merupakan jalan yang paling penting dan berkesan.
Pendidikan hendaklah bermula di rumah, kemudian di sekolah. Tata rabbani hendaklah ditanam ke dalam fikiran anak-anak yang sedang membesar dengan menggunakan cara yang baik dan berhikmah.

Jika bapa merasai bertanggunjawab untuk menyediakan makanan dan kebendaan kepada anak-anaknya supaya mereka tidak terdedah kepada penyakit dan maut, maka lebih-lebih lagi bapa bertanggungjawab untuk memberi makanan ruh kepada mereka. Bapa tidak patut lalai daripada menunaikan tanggungjawab yang membawa kerosakan lebih dahsyat daripada kelaparan atau maut. Kelalaian pendidikan akan mendedahkan anak-anak kepada kematian hati atau ruhani. Kematian hati akan membawa kepada kerosakan yang berkekalan. Sebab itulah pendidikan sangat penting. Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap orang adalah pengembala dan setiap daripada kamu bertanggungjawab terhadap gembalaannya.” - Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, periharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.”
- Surah at-Tahrim: ayat 6

Ibu bapa diwajibkan mendidik anak-anak mereka agar taat kepada Allah SWT. Apabila anak-anak telah sampai kepada umur yang boleh menerima pengajaran iaitu tujuh tahun, mereka dididik agar menunaikan apa yang difardhukan Allah SWT. Ketegasan pula perlu digunakan ketika mereka berumur sepuluh tahun. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Latihlah anak-anak kamu menunaikan solah ketika berumur tujuh tahun, pukullah mereka ketika berumur sepuluh tahun.” -Hadith Riwayat Bukhari

Suruhan memukul bukanlah bererti menganiaya atau menyiksa kanak-kanak. Bahkan memukul itu sebagai tanda kesungguhan bapa mentarbiyyah anak-anak lelaki dan perempuan mereka agar mentaati Allah. Ibubapa yang murabbi tentulah tidak sanggup membiarkan keingkaran anak-anak lahir begitu sahaja tanpa dihukum.

Rasulullah SAW ada menegaskan bahawa, pada kebanyakan keadaan, pergaulan ibu dengan anak-anak kecil lebih memberi kesan daripada pergaulan dengan bapa.

Sekolah pula berperanan untuk mendidik pelajar lelaki dan perempuan dengan nilai-nilai Rabbani. Tidak mencukupi jika sekolah hanya memberikan ilmu pengetahuan, kemahiran kebendaan dan ilmu kehidupan, kemudian meninggalkan mereka teraba-raba serta jahil tentang isu kewujudan yang hebat dan mengkagumkan. Mereka ditinggalkan dengan soalan-soalan yang tidak dibekali jawapan-jawapan seperti “Dari mana kita datang?”, “Siapa yang menjadikan kita?”, “Mengapa kita dijadikan?”, “Ke mana kita akan pergi selepas kehidupan dunia ini?”, “Apakah itu risalah Islam dan sipakah yang menentukannya?”, “Apakah balasan bagi orang yang menunaikan ajaran Islam?” dan “Apakah balasan bagi orang yang mengingkari ajaran Islam?”

Hanya keimanan kepada Allah SWT sahajalah yang dapat menjawab segala persoalan di atas dengan jawapan-jawapan yang yakin dan menenangkan hati. Itu keimanan hakiki yang ditentukan oleh Islam. Jawapan yang berasaskan iman akan terselamat daripada kesilapan manusia, keraguan, lintasan hati yang salah dan pertentangan fikiran.

Sekolah yang tidak menanamkan keimanan kepada jiwa pelajar-pelajar akan melahirkan generasi yang gelisah dan mempunyai unsur penentangan dalam diri. Generasi ini akan mengharung gelombang hidup dengan rasa resah dan gelisah. Tanpa panduan dan petunjuk, sudah tentu mereka akan bertambah sesat dan tidak menjumpai jalan pulang iaitu jalan yang lurus.

Wallahu A’lam

Read More......

Saturday, April 18, 2009

My Mother

Read More......

Kalau Tuhan Dikenali

Read More......

Anak Soleh

Read More......

Friday, April 17, 2009

kaedah Pengajaran Al-Quran Masa Kini.

KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN MASA KINI

Oleh: Us. Shahrin Awaludin ( Fakulti Pendidikan UKM )

Pendekatan terbaik pengajaran al-Quran ialah TALAQQI dan MUSYAFAHAH iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah saw ketika wahyu yang pertama diturunkan di gua Hira?. Pengajaran al-Quran juga perlu dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan guru melakasanakan pendekatan talaqqi dan musyafahah di atas.

Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu kaedah Qiraati, kaedah Iqra? dan kaedah Hattawiyah. Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran al-Quran tersebut :

1.Kaedah Baghdadiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berbad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.

2.Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati yang bermaksud Bacaanku mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk ?Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.

3. Kaedah Iqra'

Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As'ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra. Buku-buku Iqra? sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.

4. Kaedah Hattawiyyah

Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran

Read More......

memajukan Pendidikan Islam Kita Perlu Belajar dari Masa Lampau

Memajukan Pendidikan Islam Kita Perlu Belajar dari Masa Lampau

Oleh: Ns. Masmuri, S.Kep *)

Sejarah pendidikan Islam erat kaitannya dengan sejarah Islam, karena proses pendidikan Islam sejatinya telah berlangsung sepanjang sejarah Islam, dan berkembang sejalan dengan perkembangan sosial budaya umat Islam itu sendiri. Melalui sejarah Islam pula, umat Islam bisa meneladani model-model pendidikan Islam di masa lalu, sejak periode Nabi Muhammad SAW, sahabat dan ulama-ulama sesudahnya. Alih-alih sejarah menyebut bahwa sebelum muncul sekolah dan universitas, sebagai lembaga pendidikan formal, dalam dunia Islam sesungguhnya sudah berkembang lembaga-lembaga pendidikan Islam non formal, diantaranya adalah masjid.

Masjid pada masa Nabi bukan hanya sebagai tempat ibadah, tapi juga sebagai tempat “menyiarkan” ilmu pengetahuan pada anak-anak dan orang-orang dewasa, disamping sebagai tempat peradilan, tempat berkumpulnya tentara dan tempat menerima duta-duta asing. Bahkan di masa Dinasti Umayyah dan Dinasti Abbasiyah, masjid yang didirikan oleh penguasa umumnya dilengkapi dengan berbagai macam fasilitas pendidikan seperti tempat belajar, ruang perpustakaan dan buku-buku dari berbagai macam disiplin keilmuan yang berkembang pada saat itu. Sebelum al-Azhar didirikan di Kairo, sesungguhnya sudah banyak masjid yang dipakai sebagai tempat belajar, tentunya dengan kebijakan-kebijakan penguasa pada saat itu.

Kemajuan Pendidikan Islam Masa Lampau

Islam mengalami kemajuan dalam bidang pendidikan, terutama pada masa Dinasti Abbasiyah. Pada saat itu, mayoritas umat muslim sudah bisa membaca dan menulis dan dapat memahami isi dan kandungan al-Quran dengan baik. Pada masa ini murid-murid di tingkat dasar mempelajari pokok-pokok umum yang ringkas, jelas dan mudah dipahami tentang beberapa masalah. “Pendidikan di tingkat dasar ini diselenggarakan di masjid, dimana al-Quran merupakan buku teks wajib.” Pada tingkat pendidikan menengah diberikan penjelasan-penjelasan yang lebih mendalam dan rinci terhadap materi yang sudah diajarkan pada tingkat pendidikan dasar. Selanjutnya pada tingkat universitas sudah diberikan spesialisasi, pendalaman dan analisa.

Dengan demikian, kurikulum yang dikembangkan dalam pendidikan Islam saat itu, yaitu : pertama, kurikulum pendidikan tingkat dasar yang terdiri dari pelajaran membaca, menulis, tata bahasa, hadist, prinsip-prinsip dasar Matematika dan pelajaran syair. Ada juga yang menambahnya dengan mata pelajaran nahwu dan cerita-cerita. Ada juga kurikulum yang dikembangkan sebatas menghapal Al-Quran dan mengkaji dasar-dasar pokok agama.

Berikut sebuah riwayat yang bisa memberikan gambaran tentang kurikulum pendidikan pada tingkat dasar pada saat itu. Al Mufadhal bin Yazid menceritakan bahwa pada suatu hari ia berjumpa seorang anak-anak laki dari seorang baduwi. Karena merasa tertarik dengan anak itu, kemudian ia bertanya pada ibunya. Ibunya berkata kepada Yazid: “…apabila ia sudah berusia lima tahun saya akan menyerahkannya kepada seorang muaddib (guru), yang akan mengajarkannya menghapal dan membaca Al-Quran lalu dia akan mengajarkannya syair. Dan apabila dia sudah dewasa, saya akan menyuruh orang mengajarinya naik kuda dan memanggul senjata kemudian dia akan mondar-mandir di lorong-lorong kampungnya untuk mendengarkan suara orang-orang yang minta pertolongan…”.

Kedua, kurikulum pendidikan tinggi. Pada pendidikan tinggi, kurikulum sejalan dengan fase dimana dunia Islam mempersiapkan diri untuk memperdalam masalah agama, menyiarkan dan mempertahankannya. Akan tetapi bukan berarti pada saat itu, yang diajarkan melulu agama, karena ilmu yang erat kaitannya dengan agama seperti bahasa, sejarah, tafsir dan hadis juga diajarkan.

Pada Akhirnya: Kita Harus Belajar

Pada akhirnya dapat disimpulkan bahwa kemajuan yang pernah dicapai Islam dalam pendidikan, terutama karena sistem pendidikan Islam yang diterapkan pada saat itu dilakukan secara bertahap. Mengutip pendapat Ibn Khaldun: “Mengajarkan ilmu pengetahuan kepada murid akan berhasil apabila dilakukan secara bertahap.” Sungguh, pendidikan Islam di Indonesia akan maju kalau bangsa ini mau menengok dan belajar dari kemajuan-kemajuan pendidikan Islam di masa lampau, terutama kemajuan pendidikan yang dinikmati pada masa Dinasti Abbasiyah. Nabi Muhammad SAW juga merupakan suri teladan dalam mengurai model-model pendidikan.

Tujuan pendidikan Islam yang selalu ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW, sahabat dan ulama-ulama sesudahnya adalah membentuk pribadi muslim seutuhnya, yang tercermin dalam tata berfikir, berkehendak maupun berperilaku. Selanjutnya peserta didik perlu diberikan kebebasan dalam mempelajari berbagai macam disiplin ilmu yang mereka perlukan dalam menapak kehidupan. Semua itu pastinya dilakukan dengan bertahap. Selanjutnya untuk mendukung uraian ini, penulis mengutip pandangan Ibn Sina yang berpendapat bahwa mendidik anak, seharusnya dimulai dengan mengenalkan dan mengajarkan Al-Quran, setelah itu syair-syair, terutama yang menceritakan keutamaan budi-pekerti, memuji ilmu pengetahuan, mencela kebodohan, menyuruh hormat kepada ibu dan bapak, berbuat baik dan menghormati tamu. Sesudah itu, anak diarahkan untuk mempelajari sesuatu sesuai dengan tabiatnya dan kesanggupannya. Wallahu’alam.***

*) Penulis adalah Peminat Studi Agama. Dosen AKPER YARSI Pontianak

Sumber : Pontianak Post

Read More......

Thursday, April 9, 2009

Tips Pendidik Berjaya Bahagian 1

Bahagian I : TIPS PERSIAPAN ASAS PENDIDIK

1. Luruskan niat anda
2. Jangan lupa mempersiapkan bahan
3. Catat apa yang akan anda bicarakan dengan pelajar

4. Persiapkan fizikal anda

5. Tingkatkan keyakinan diri anda
6. Belajarlah jadi Pendidik yang merendahkan hatinya
7. Siapkan bahan cadangan

8. Simpan persediaan bahan seperti dokumen berharga

9. Sabarlah terhadap proses perkembangan pelajar

10. Beri skor angka 10 terhadap pelajar (optimis)

11. Yakin akan sukses membina

Read More......

Dreams

Dreams

by Fire Dancer

I was thinking of us last night

And the times we shared

How good we were

But now we are apart, Yet we still have our

Dreams

For in our

Dreams we are together

Holding hands on the beach

Talking all night under the silver moon

Kissing and holding each other tight

Dreams

For no matter the distance

Or the obstacle

I will always belong to you

For we are meant for each other not only in reality, but also in our

Dreams

Read More......

Wednesday, April 8, 2009

Pantun Buat Guru

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Read More......