Wednesday, March 4, 2009

Sajak Khalid al-Walid

Sejarah mengungkit namanya dari dekad beranjak dekad,
Sungguh unggul akhlak, sunggul kental jiwa,
Bukanlah calang sebarang orangnya, tapi itulah Saifullah,
Gelaran diberi Rasul Allah.

Tatkala menghunus pedang di medan perang,
Kalimah "Lailahaillallah" erat kau pegang,
Bermandi darah, sabar biarpun parah,
Calaran di badan, bukan erti berserah.

Walaupun gagah di medan perang,
Raganya sembah lemah berserah di hadapan Allah,
Namun telah tertulis kisahmu wahai sahabat,
Walaupun rindumu kuat mengimpikan syahid,
Namun nafasmu berakhir di sebuah pembaringan usang....

Read More......

Tuesday, March 3, 2009

Tugasan

1. Hasilkan satu blog (secara berkumpulan).
2. Dalam blog tersebut, sediakan satu label capaian ke kandungan yang berunsur pendidikan
Islam.
3. Pilih satu topik pengajaran yang bersesuaian (berdasarkan assignment yang telah dibuat).
4. Rancangan pengajaran harian tajuk tersebut.
Tajuk pengajaran.
Masa
Kelas
Objektif pengajaran
BBM
5. Langkah secara ringkas.
Set induksi
Langkah pengajaran.
Penilaian dan penutup.
6. Masukkan isi utama pengajaran
secara ringkas dan padat.
senaraikan subtopik dan point-point utama sahaja.
7. Bahan bantu mengajar (BBM) yang berkaitan.
Video, audio, grafik dan sebagainya.
8. Senarai pautan ke web / blog lain untuk pautan aktiviti pengayaan.
Dalam gadget di tepi blog.

Read More......